Sabtu, 2 April 2016

.: Rancangan Pelajaran Tahunan KSSR Tahun 6

.: Rancangan Pelajaran Tahunan KSSR Tahun 6: Sila semak halaman blog ini dari masa ke semasa (bergantung kepada sumber). Jadilah penyumbang RPT dengan menghantar ke email berikut - jgg4...

Ahad, 30 Oktober 2011

NYANYI DULU

ViolinTrumpetSinger 1
  
         
                      BELAJAR MATEMATIK

Valentine roses pianoMengapa adik-adik bersusah hati
Belajar matematik seronok sekali
Nombor, tambah dan tolak, darab dan bahagi
Kalau selalu mencuba, mudah sekali
.

FlutistFikir dan terus fikir jangan kau berhenti
                  Pandailah matematik pandai kau mengira
               Ayuhlah adik-adik belajar matematik
               Kalau tekun berusaha nanti kau berjaya

                    Belajar matematik dengan gembira
                   Fahamilah asasnya nanti tak lupa
Cuba berulang kali gunakan minda
Pandailah matematik banyak faedahnya

Lagu/lirik: Kam Rudin Hj. A. Samah









Selasa, 25 Oktober 2011

TEKNIK MUDAH BELAJAR MATEMATIK


Hari ini saya dapat beberapa petua untuk memudahkan kita belajar matematik.Tapi petua ni saya petik daripada satu petikan yang dah saya baca.

    Thumbs Up Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci. 
                                                                                                                         
    High Five Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Ramai berjaya menguasai matematik kerana ikut murid yang pandai matematik buat latihan. Semakin banyak latihan di buat, semakin cekaplah kita.

      Wakka WakkaKetiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

      Rolling EyesKeempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?  Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

      BounceAkhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini.

CUBALAH , PASTI BERJAYA !      #1 Ribbon

Jumaat, 21 Oktober 2011

PERTANDINGAN LAGU SIFIR SKNMT

Satu Pertandingan Sifir telah diadakan di SKNMT Segari Lumut Perak. Pertandingan ini diadakan untuk menarik minat murid terhadap matematik terutamanya dalam mengingati sifir. Pertandingan ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Murid - murid sangat kreatif dalam mencipta lagu sifir. Di sini saya selitkan beberapa  gambar yang telah dirakam sepanjang pertandingan tersebut.



CONTOH PERMAINAN MATEMATIK

P&P Matematik lebih menarik jika  guru menyelitkankan permainan yang bersesuaian. Mari kita lawati laman web yang dipautkan disini untuk mencubanya.

1. http://www.sheppardsoftware.com/mathgames/earlymath/BPGreatLessEqualWords2.htm


2. http://www.funbrain.com/cgi-bin/nl.cgi?A1=c&A2=1&A3=5&A4=[3][1][2][1]&A11=1&A12=2


3. http://www.bbc.co.uk/education/mathsfile/shockwave/games/roundoff.html


VIDEO SET INDUKSI PENGAJARAN

Video ini boleh dijadikan set induksi untuk mengajar tajuk nombor.Murid-murid akan tertarik dengan cerita yang dipaparkan dengan paparan yang berwarna-warni dan watak yang digemari mereka.




   2. Nyanyian 123



  3. Lagu Nombor

SALAM PENGENALAN


Matematik merupakan matapelajaran yang menyeronokkan. Untuk menarik minat murid terhadap matematik pelbagai cara atau kaedah boleh dicuba.Saya harap sedikit ilmu yang saya kongsikan dapat diguna bersama dan jika ada sebarang penambahan atau pembetulan kesilapan dipersilakan.